PSS SMKDC

Sejarah Penubuhan PSS

Selaras dengan permulaan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka pada 2 Ogos 1999,Pusat Sumber Sekolah SMKDC ditubuhkan pada Septembar 1999 di mana perintisnya adalah Encik Abara bin Munir,pengetua pertama sekolah SMKDC.

Pada ketika itu,perpustakaan sekolah hanya dilengkapi dengan 9 rak buku dan beberapa kerusi meja sahaja.Sebagai permulaan,Jawatankuasa Induk PSS telah mengambil beberapa langkah untuk memperkenalkan PSS kepada warga sekolah dan masyarakat.Projek pertama PSS ialah membeli dan mengumpulkan buku daripada sumbangan masyrakat setempat dan syarikat-syarikat buku.PSS telah dapat mengumpulkan 300 buah buku sumbangan pada permulaan penubuhannya.Penyelaras PSS pertama iaitu,Pn.Rajam a/p Suppiah telah banyak membantu meningkatkan koleksi bahan bacaan di perpustakaan.Beberapa usaha yang dijalankan oleh beliau dan ianya membawa kejayaan besar di mana selepas dua tahun penubuhan ,PSS SMKDC mencapai GRED A dalam pengarah PSS tahun 2001.Pada tahun 2002 dan 2003 PSS telah mencapai tahap GRED B kerana nisbah buku dengan pelajar tidak mencapai tahap yang dikehendaki oleh sistem penggredan PSS kerana dari semasa ke semasa jumlah pelajar sekolah ini bertambah ramai.Namun Jawatankuasa kerja PSS tidak berputus asa unyuk memberi kemudahan dan perkhidmatan yang baik dan berkualiti kepada warga sekolah.

Pada April 2001,Puan Rasidah bt Smaon telah mengambil alih tugas sebagai penyelaras PSS SMKDC.Puan Rajam a/p Suppiah telah meletkkan jawatan kerana menerima tawaran sebagai pensyarah Maktab Perguruan Raja Melewar.Jawatankuasa Kerja PSS mencuba pelbagai usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan menambah kemudahan untuk kepentingan guru dan pelajar.Pada tahun 2004 melalui program "Jejak Buku,Jejak Ilmu" PSS telah berjaya mengumpulkan sebanyak 443 buah buku hasil sumbangan pelajar,guru dan masyarakat setempat.Beberapa bilik khas diwujudkan untuk mempelbagaikan suasana pengajaran dan pembelajaran keselesaan pelajar.Contohnya Bilik Sal,Bilik Ekonomi dan Perdagangan,Bilik Bahasa Tamil.Bilik Perakaunan dan banyak lagi.

Hasil daripada sikap prihatin dan kerjasam Jawatankuasa kerja PSS dan para guru SMKDC,PSS telah berjaya mencapai GRED A pada tahun 2005 hingga 2009.



No comments:

Post a Comment