PSS SMKDC

Laporan Minggu Pusat Sumber Sekolah Tahun 2010

Tarikh :19 April - 24 April 2010
Masa :Seminggu
Tempat :SMK Desa Cempaka,Nilai

Perjalanan Minggu PSS

Majlis Perasmian telah diadakan pada 19 April 2010 (Isnin) semasa perhimpunan rasmi sekolah.Majlis ini telah di pengerusikan oleh saudari Ilia Iryani bt Rosman.Majlis ini dimulai dengan satu persembahan bercerita dan lakonan oleh kumpulan pelajar iaitu,Mohamad Alif,Nor Amimi, dan Mohamad Nasrul dengan tajuk "Sang Belang dan Sang Kancil".Seterusnya majlis diteruskan dengan taklimat minggu PSS oleh penyelaras PSS,Puan Rasidan bt Smaon.Beliau memberi penerangan tentang objektif minggu PSS dan aktivit serta pertandingan yang dijalankan sepanjang MPSS ini.Beliau juga mengalu-alukan penyertaan aktif daripada pelajar.Pelajar- pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang akan mendapat manfaat dan faedah.Seterusnya Tuan Pengetua SMKDC,Puan Hajah Maimon bt Talib bebesar hati memberi ucapan seterusnya merasmikan minggu PSS pada tahun ini.Beliau menggalakkan golongan pelajar menanamkan semangat membaca dan menjadikan amalan membaca sebagai satu rutin kehidupan seharian.Sebagai tanda penutup tirai majlis perasmian MPSS,semua guru dan pelajar diminta menyanyi kan satu lagu bertajuk "Budaya Membaca".

No comments:

Post a Comment