PSS SMKDC

Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS)

Tarikh : 25 April hingga 29 April 2011
Hari    : Isnin hingga Jumaat
Masa  : Seminggu

Antara pertandingan/aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu PSS.

a) Pertandingan Sahibba





b) Pertandingan Inter-Eksplores




c) Tayangan dan kuiz dokumentasi

d)Projek Rakan Pembaca NILAM (Kenali Buku)

e) Pameran dan Kuiz Galeri Sejarah





f) Pertandingan Sudut Bacaan & Papan Berinformasi





g) Pertandingan Permainan Congkak & Dam Ular








h) Pertandingan 'Win, Lose or Draw'





i) Pertandingan fail tegak

j)  Pertandingan bercerita Bahasa Melayu




k) Pertandingan Menyunting / Menjilid Akhbar

l) Kuiz PSS - Jom ke PSS

m) Lawatan Sambil Belajar

Objektif:
- Menarik perhatian pelajar SMKDC untuk menggunakan kemudahan dan perkhidmatan PSS secara optimum
-Memberi peluang kepada pelajar menonjolkan bakat dan kemahiran mereka dengan menyertai pertandingan
- Melahirkan pelajar berbudaya ilmu dan minat membaca
- Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dengan penghasilan bahan bantu mengajar
- Menanamkan semangat kerjasama dan tanggungjawab ke atas diri guru-guru dan pelajar.

Program Lawatan Sambil Belajar ke Pesta Buku, PWTC, Kuala Lumpur 2011

Tarikh : 27 April 2011
Hari    : Rabu
Masa  : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Kursus Pemantapan Khidmat dan Kepimpinan ke-2

Tarikh : 1 April hingga 2 April 2011
Hari    : Jumaat hingga Sabtu
Masa  : 2 hari 1 malam

Objektif :

- Meningkatkan kualiti perkhidmatan PSS supaya lebih efeksien dan mesra pelanggan.
- Melahirkan pengawas PSS yang cekap, berkebolehan, berkeupayaan dan berkemahiran tinggi dalam menjalankan tugasan yang diberi.
- Memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran asas pengawas PSS dalam mengendalikan operasi bahan
- Memupuk nilai-nilai murni dan semangat jati diri serta berkepimpinan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengawas PSS.
- Meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan pengawas PSS

Pertanding Biar Buku Bicara Sempena Sambutan Hari Buku Sedunia 2011

Tarikh : 26 Mei 2011
Hari    : Khamis
Masa  : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari

Ulasan:
Program ini telah dijalankan dengan baiknya. Para peserta telah diberikan masa selama 7 minit untuk mempersembahkan di bawah program ini. Syarat-syarat pertandingan telah dinyatakan dan semua peserta dikehendaki mengikuti semasa persembahan dijalankan. Keputusan pertandingan adalah :
    i .  Nor Syahira bt Adnan (2 Arif) - Johan bagi kategori sekolah menengah
Di samping itu, SMK Desa Cempaka telah menjadi sekolah terbaik kategori sekolah menengah.

Watikah Pelantikan Pengawas PSS Tahun 2011

Tarikh : 7 Februari 2011
Hari     : Isnin
Masa   : 7.45 pagi hingga 8.10 pagi

Objektif :
-Memberi pertauliahan watikah perlantikan pengawas PSS secara rasmi.
- Melahirkan pengawas PSS yang amanah dan bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberi.
- Memupuk nilai-nilai murni dan semangat jati diti serta kepimpinan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengawas PSS

Diharapkan, dengan pertauliahan pengawas PSS ini, pengawas akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.

Kursus Khidmat dan Kepimpinan Pengawas PSS

Tarikh : 8 Januari 2011
Hari    : Sabtu
Masa  : 7.45 pagi hingga 1.30 petang







Objektif :
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan PSS supaya lebih efeksien dan mesra pelanggan.
- Melahirkan pengawas PSS yang cekap, berkebolehan, berkeupayaan dan berkemahiran tinggi dalam menjalankan tugasan yang diberi.
- Memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran asas pengawas PSS dalam mengendalikan operasi bahan
- Memupuk nilai-nilai murni dan semangat jati diri serta berkepimpinan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengawas PSS.

Bengkel Bicara Buku Rakan Pembaca (RP) Program Nilam 2011

Tarikh : 20 Julai 2011
Hari    : Rabu
Masa  : 3.00 petang hingga 5.00 petang

Objektif:
- Melahirkan lebih ramai pelajar-pelajar sebagai Rakan Pembaca Sekolah
- Memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran pelajar-pelajar dalam mengendalikan aktivite rakan pembaca
- Memberi latihan, kemahiran dan tunjuk cara kepada rakan pembaca untuk membicarakan buku yang telah dibaca

LDP 4 : Kursus Asas & Bengkel Pengkatalogan BBM

Tarikh : 28 Julai 2011
Hari    : Khamis
Masa  : 3.00 petang hingga 5.00 petang

Objektif :
- Supaya peserta kursus:
   > Dapat menambah ilmu mengenai pengkatalogan
   > Dapat mengetahui dan memahami secara am proses pengkatalogan
   > Dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dalam menjalankan tugas seharian.

Sambutan 'Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia'

Tarikh : 25 April 2011
Hari    : Isnin
Masa  : 7.45 pagi hingga 8.10 pagi

Objektif:
- Meningkatkan minat membaca warga sekolah di dalam dan di luar sekolah.
- Memberitahu warga sekolah mengenai adanya hari untuk buku dan hak cipta.
- Memberi penghargaan kepada pelajar yang minat membaca.
- Menjelaskan kepada warga sekolah kepentingan menghargai buku.

Program Jejak Buku, Jejak Ilmu

Tarikh : 16 Februari 2011
Hari     : Rabu
Masa   : 7.45 hingga 8.10 pagi




Objektif :
- Menambah koleksi bahan buku di perpustakaan sekolah.
- Menggalakkan warga seklah dan masyarakat setempat menyumbang ke arah kejayaan pusat sumber                                          .  sekolah
- Menggalakkan sekolah terus menjana idea dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
- Meningkatkan komitmen warga sekolah dan masyarakat setempat terhadap sekolah.
- Melahirkan lebih ramai golongan pelajar yang cintakan bahan bacaan.
- Meningkatkan minat membaca dalam kalangan warga sekolah


Sejarah Penubuhan PSS

Selaras dengan permulaan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka pada 2 Ogos 1999,Pusat Sumber Sekolah SMKDC ditubuhkan pada Septembar 1999 di mana perintisnya adalah Encik Abara bin Munir,pengetua pertama sekolah SMKDC.

Pada ketika itu,perpustakaan sekolah hanya dilengkapi dengan 9 rak buku dan beberapa kerusi meja sahaja.Sebagai permulaan,Jawatankuasa Induk PSS telah mengambil beberapa langkah untuk memperkenalkan PSS kepada warga sekolah dan masyarakat.Projek pertama PSS ialah membeli dan mengumpulkan buku daripada sumbangan masyrakat setempat dan syarikat-syarikat buku.PSS telah dapat mengumpulkan 300 buah buku sumbangan pada permulaan penubuhannya.Penyelaras PSS pertama iaitu,Pn.Rajam a/p Suppiah telah banyak membantu meningkatkan koleksi bahan bacaan di perpustakaan.Beberapa usaha yang dijalankan oleh beliau dan ianya membawa kejayaan besar di mana selepas dua tahun penubuhan ,PSS SMKDC mencapai GRED A dalam pengarah PSS tahun 2001.Pada tahun 2002 dan 2003 PSS telah mencapai tahap GRED B kerana nisbah buku dengan pelajar tidak mencapai tahap yang dikehendaki oleh sistem penggredan PSS kerana dari semasa ke semasa jumlah pelajar sekolah ini bertambah ramai.Namun Jawatankuasa kerja PSS tidak berputus asa unyuk memberi kemudahan dan perkhidmatan yang baik dan berkualiti kepada warga sekolah.

Pada April 2001,Puan Rasidah bt Smaon telah mengambil alih tugas sebagai penyelaras PSS SMKDC.Puan Rajam a/p Suppiah telah meletkkan jawatan kerana menerima tawaran sebagai pensyarah Maktab Perguruan Raja Melewar.Jawatankuasa Kerja PSS mencuba pelbagai usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan menambah kemudahan untuk kepentingan guru dan pelajar.Pada tahun 2004 melalui program "Jejak Buku,Jejak Ilmu" PSS telah berjaya mengumpulkan sebanyak 443 buah buku hasil sumbangan pelajar,guru dan masyarakat setempat.Beberapa bilik khas diwujudkan untuk mempelbagaikan suasana pengajaran dan pembelajaran keselesaan pelajar.Contohnya Bilik Sal,Bilik Ekonomi dan Perdagangan,Bilik Bahasa Tamil.Bilik Perakaunan dan banyak lagi.

Hasil daripada sikap prihatin dan kerjasam Jawatankuasa kerja PSS dan para guru SMKDC,PSS telah berjaya mencapai GRED A pada tahun 2005 hingga 2009.



Laporan Minggu Pusat Sumber Sekolah Tahun 2010

Tarikh :19 April - 24 April 2010
Masa :Seminggu
Tempat :SMK Desa Cempaka,Nilai

Perjalanan Minggu PSS

Majlis Perasmian telah diadakan pada 19 April 2010 (Isnin) semasa perhimpunan rasmi sekolah.Majlis ini telah di pengerusikan oleh saudari Ilia Iryani bt Rosman.Majlis ini dimulai dengan satu persembahan bercerita dan lakonan oleh kumpulan pelajar iaitu,Mohamad Alif,Nor Amimi, dan Mohamad Nasrul dengan tajuk "Sang Belang dan Sang Kancil".Seterusnya majlis diteruskan dengan taklimat minggu PSS oleh penyelaras PSS,Puan Rasidan bt Smaon.Beliau memberi penerangan tentang objektif minggu PSS dan aktivit serta pertandingan yang dijalankan sepanjang MPSS ini.Beliau juga mengalu-alukan penyertaan aktif daripada pelajar.Pelajar- pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang akan mendapat manfaat dan faedah.Seterusnya Tuan Pengetua SMKDC,Puan Hajah Maimon bt Talib bebesar hati memberi ucapan seterusnya merasmikan minggu PSS pada tahun ini.Beliau menggalakkan golongan pelajar menanamkan semangat membaca dan menjadikan amalan membaca sebagai satu rutin kehidupan seharian.Sebagai tanda penutup tirai majlis perasmian MPSS,semua guru dan pelajar diminta menyanyi kan satu lagu bertajuk "Budaya Membaca".

Objektif

*Mempertingkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian akdemik sekolah.

*Menggalakkan tabiat membaca dan belajar sendiri dalam kalangan pelajar.

*Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak para pelajar.

*Menjadi pusat perkembangan inovasi dan pengilap idea dalam kalangan guru dan pelajar.

Misi

*Semua pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir dan mencari maklumat.

*Membekalkan prasana dan perkhidmatan menuju era multimedia.

*Melahirkan insan yang murni dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek.

Visi

Menawarkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik kepada pelajar selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara